Sunday, July 4, 2010

Dah hampir 3 bulan aku tak update blog ni...malas punye pasal, sibuk dok merayau dan singgah kt blog orang..he..he

Hari ni 5 Julai 2010 merupakan hari terakhir aku cuti. Esok dah register kt UKM dan bermulalah secara rasmi kehidupan baruku sebagai pelajar PhD. Tak taulah macamana aku nak menghadapi 3 tahun permanent-head-damage ni. Semoga Allah s.w.t mempermudahkan urusan pengajian ku dari awal hingga akhir, ameen!

Monday, April 19, 2010

Hari ini dalam sejarah (19 April 2010)

Setelah sekian lama menangguhkan hasrat untuk mempunyai blog sendiri, akhirnya tanggal 19 April 2010 ianya menjadi realiti. Masa tengah meng'create' blog ni, tetiba terfikir..apa konsep dan trademark yang nk diketengahkan ya? Blog pasal resepi?..personal life?..keje2 kat ofis?..hobby?...hmmm buntu jgk memikirkannya.

Fikir punya fikir..terhasillah blog 'percubaan' ni. Tapi tak pasti untuk tempoh percubaan brp lama..mcm lesen kereta (2 tahun) ke? atau percubaan dlm perkhidmatan awam (3 tahun) (he..he..maklumlah penjawat awam la katakan...)

Tarikh 19 April ni jgk mengingatkan aku masa aku 'get called to the Bar' dulu (19 April 2002). Tapi jodoh aku sebagai 'advocate & solicitor' tak panjang sbb 2 tahun lepas tu dilamar oleh perkhidmatan awam. Syukur alhamdulillah.....

Weekend activity




Petang sabtu, sambil aku sidai baju kt ampaian, Im insist nk siram pokok bunga. Ayahnya plak cabut rumput kt luar pagar...syirah main basikal..Adam dok dlm walker tgk sume orang buat apa...

Sports Day Insyirah (PASTI) at 11 April 2010







Bersempena dgn 'hari pembukaan' blog aku nih..aku spent sehari suntuk ari ni depan komputer. Sbb tu klu korang tgk, sume entry aku buat ari ni (19 april 2010) he..he..

Berbalik pd sports day Syirah, tahun ni sekali lagi PASTI buat kt Stadium sek. 15, BBB. Aku perasan, Sports day PASTI ni lagi meriah berbanding Sports day SK Jln 4 sbb hadiah lagi byk..game berbagai-bagai (utk murid dan utk parents).

Tahun lepas Syirah msk lari pecut..tahun ni plak lari berganti-ganti bwk bola. Spt biasa Syirah dpt saguhati je....

Pastu ayah dan ibu plak yg main..ayah main tarik tali (johan) dan ibu main baling gelung ke dlm kon (johan jugak)...best btul..byk hadiah kitorang bwk balik kali ni...

Sports Day Imtiaz (17 April 2010) at SK Jalan 4, BBB






Hari yang ditunggu2 oleh Im. Sblm tidur mlm tu dia dah pesan..'Ibu, cikgu suruh bangun jam 6.30 pagi,,tak pyh sarapan kat rumah sbb cikgu dah sedia makanan kt sekolah. Pukul 7 pagi mesti smpi kat sekolah'. Aku ckp..'Mana boleh x sarapan..nnt pengsan kt tengah padang camna? (Im ni spesis yg wajib sarapan pagi, klu tak.. keupayaan fokus akan hilang...sbb rutin belajar di sekolah tahfiz kena menghafal pada waktu pagi, so dia akan hilang konsentrasi menghafal klu tak sarapan).

Lepas hantar Im, pegi pulak ke taska Adam (tima kasih Cikgu Ju krn sudi jaga Adam sementara aku temankan Im kt sekolahnya). Lepas hantar Adam, pecut ke Restoran Nasi Belauk kt Sek. 7 BBB utk sarapan. Restoran ni kami punya faveret place for breakfast...

Tiba2 je angin aku tak baik. Sbb?..setelah aku mengorder roti canai telur, laksam dan nasi dagang lauk ayam kampung (utk hubby)...hubby tak sentuhpun nasi tu...bagi roti canai, diam..bagi laksam, diam...nak apa lagi? Aku bulatkan mata kat dia!!! Dia jawab..'Puasa la...' Eiii! geramnya aku..napa tak cakap awal-awal?spoil mood ...

Anyway, Im dapat naib Johan utk game leret bola dengan gelung rotan. seronok dia dpt medal tu...

Sunday, April 18, 2010

I'm so boring...help!!

Keje aku ni jenis yg sibuk bermusim. Bila sibuk..betul2 sibuk. Bila dah abih sibuk..goyang kaki...sib baik ada facebook...tp tak leh selalu layan facebok ni...nnt anak buah perasan..buat malu jer...