Setelah sekian lama menangguhkan hasrat untuk mempunyai blog sendiri, akhirnya tanggal 19 April 2010 ianya menjadi realiti. Masa tengah meng'create' blog ni, tetiba terfikir..apa konsep dan trademark yang nk diketengahkan ya? Blog pasal resepi?..personal life?..keje2 kat ofis?..hobby?...hmmm buntu jgk memikirkannya.
Fikir punya fikir..terhasillah blog 'percubaan' ni. Tapi tak pasti untuk tempoh percubaan brp lama..mcm lesen kereta (2 tahun) ke? atau percubaan dlm perkhidmatan awam (3 tahun) (he..he..maklumlah penjawat awam la katakan...)
Tarikh 19 April ni jgk mengingatkan aku masa aku 'get called to the Bar' dulu (19 April 2002). Tapi jodoh aku sebagai 'advocate & solicitor' tak panjang sbb 2 tahun lepas tu dilamar oleh perkhidmatan awam. Syukur alhamdulillah.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment